Laman Utama arrow Sejarah Penubuhan
Sejarah Penubuhan PDF Print E-mail

Persatuan Siswazah Wanita Malaysia(PSWM) telah ditubuhkan pada 14 Mac 1979 oleh sekumpulan 25 orang siswazah wanita yang terdiri daripada pelbagai disiplin yang merasa terpanggil untuk menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat dan negara.

Usaha-usaha penubuhannya telah diterajui oleh Yang Dipertuanya yang pertama iaitu Y. Bhg. Dato' Dr. Noor Laily Dato’ Abu Bakar yang telah memegang jawatan sebagai Yang Dipertua sehingga tahun 1987.  Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Dr. Asiah Abu Samah kemudian mengambil alih pucuk pimpinan sehinggalah tahun 2005 apabila Y. Bhg. Datin Fauziah Hj. Mohd. Ramly dipilih untuk menjadi Yang Dipertua ke-3.

Penaung PSWM ialah Y. A. Bhg. Tun Dr. Siti Hasmah Hj. Mohd. Ali manakala penasihat-penasihat PSWM terdiri daripada Y.B. Dato' Seri Rafidah Aziz, Y. Bhg. Dato' Dr. Noor Laily Dato' Abu Bakar, Y. Bhg. Puan Sri Nila Inangda Manyam Keumala dan Y. Bhg. Tan Sri Dato' Dr. Asiah Abu Samah.

 

 

 
Next >
   Copyright © 2007 Persatuan Siswazah Wanita Malaysia  
       designed by Insoft Technology