Laman Utama
MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN SISWAZAH WANITA MALAYSIA (PSWM) 2006 PDF Print E-mail

 

Tarikh   : 22 Julai 2006 (Sabtu)

Masa     : 2.30 ptg

Tempat :  Restoran Bukhara

                137, Level 1, Suria KLCC, Kuala Lumpur

Kehadiran :

1.       Y. Bhg. Datin Fauziah Hj. Ramly

2.       Puan Atikah Adom

3.       Y. Bhg. Dato’ Asiah Abu Samah

4.       Y. Bhg. Prof Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim

5.       Y. Bhg. Dato’ Halimah Hj. Sulaiman

6.       Y. Bhg. Datin Aidah Abdul Ghani

7.       Prof. Dr. Farida Habib Shah

8.       Y. Bhg. Datin Zuraidah bt Mohamad

9.       Y. Bhg. Datin Nadzley Noordin

10.   Prof.  Madya Dr. Aini Hassan

11.   Prof.  Madya  Normah Dali

12.   Puan Sharifah Halimah Syed Ahmad

13.   Cik Ainon Abdullah

14.   Cik Kalthom Musa

15.   Cik Haniza Hassan

16.   Puan Aminah Abdul Rahim

17.   Puan Ee Hong

18.   Cik Shahnas Oli Mohamed

19.   Dr. Asma Abdullah

20.   Dr. Cheong Sok Ching

21.   Cik Yeap Siew Teng

22.   Cik Zernil a/p Lurthanathan

23.   Cik Julia Haji Ahmad Lutfi

24.   Puan Suriati Mohammad Mokhtar

25.   Puan Normah Ismail

26.   Puan Meriam Omar

27.   Puan Paizah bt Abdul Hamid

28.   Puan Zaiton Md Noh

29.   Puan Hasnah Rohany

30.   Puan Habibah Rohany

31.   Puan Hamimah Ismail

32.   Puan Haslina Md. Sarkan

33.   Puan Ellya M. Saad

 

1.                   Ucapan Aluan oleh Yang Dipertua PSWM

1.1    Y. Bhg. Datin Fauziah Ramly selaku YDP PSWM mengalu-alukan kehadiran Penasihat PSWM Y. Bhg. Dato’ Asiah Abu Samah  dan mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua yang meluangkan masa untuk hadir dalam Mesyuarat Agung tahun 2006 yang diadakan di Bukhara Restoran, KLCC. Beliau menerangkan bahawa antara sebab tempat berkenaan dipilih adalah hendak memberi suasana kelainan kepada ahli-ahli.

1.2  Beliau mengalu-alukan penglibatan secara aktif setiap ahli. Sepanjang tempoh menerajui PSWM, banyak usaha seperti menghantar surat dan membuat panggilan telefon telah dilakukan untuk melibatkan ahli-ahli yang seramai lebih kurang 200 orang untuk menyertai aktiviti-aktiviti anjuran PSWM.

2.                   Perlantikan Pengerusi dan Setiausaha MAT 2006

2.1  Y. Bhg. Prof. Emeritus Datuk Nik Safiah mencadangkan Y. Bhg. Datin Fauziah dilantik sebagai Pengerusi MAT 2006 dan Cik Ainon dilantik sebagai Setiausaha MAT 2006. Prof. Dr. Farida Habib Shah menyokong.

3.          Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PSWM 2005

3.1  Cik Yeap Siew Teng mencadangkan minit Mesyuarat Agung PSWM 2005 disahkan dan disokong oleh Prof. Madya Dr. Aini Hassan.

     4.         Pembentangan Laporan Aktiviti PSWM bagi Tahun 2005/2006

     4.1   Setiausaha telah membentangkan Laporan Aktiviti PSWM bagi tempoh 09 Julai 2005 hingga 22 Julai 2006.

     4.2   Dalam tempoh masa laporan sebanyak 8 Mesyuarat   Lembaga telah diadakan.

     4.3   Ahli-ahli Lembaga PSWM bagi Sesi 2005/2007 adalah seperti berikut :

                        Yang DiPertua : Y. Bhg. Datin Fauziah Hj. Ramly

Naib Yang DiPertua : Puan Atikah Adom

Setiausaha Kehormat : Cik Ainon Abdullah

Bendahari Kehormat : Puan Sharifah Halimah Syed Ahmad

Penolong S/U Kehormat : Puan Ee Hong 

Penolong Bendahari Kehormat : Cik Haniza Hassan 

Ahli Lembaga : Y. Bhg. Prof  Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim  

Ahli Lembaga : Prof Madya Dr. Aini Hassan 

Ahli Lembaga : Y. Bhg. Datin Kalthom Kosai (letak jawatan pada 18 Feb 2006)

Ahli Lembaga : Cik Kalthom Musa 

Ahli Lembaga : Puan Aminah Abdul Rahim 

Ahli Lembaga : Cik Shahnas Oli Mohamed 

Ahli Lembaga : Cik Tai Sim Yew 

Ahli Lembaga : Prof Madya Normah Dali 

Ahli Lembaga : Cik Geetha Subramaniam   : mulai 18 Feb 2006

 

   4.4   Perlembagaan PSWM klausa 14.1 memperuntukkan 6 orang pemegang jawatan dan 6 orang ahli lembaga perlu dipilih semasa Mesyuarat Agung Tahunan (MAT).  Yang Dipertua  pula diberi hak mutlak untuk  melantik tambahan 4 orang Ahli Lembaga selepas berunding dengan Ahli Lembaga yang dipilih.  Pada pemilihan di MAT 2005, 6 orang pemegang jawatan yang dipilih adalah seperti diatas (perkara 4.3).  6 orang Ahli Lembaga yang dipilih ialah Prof. Madya Dr. Aini Hassan, Datin Kalthom Kosai, Cik Kalthom Musa, Puan Aminah Abdul Rahim, Cik Shahnas Oli Mohamed,  dan Cik Tai Sim Yew.  Dalam Mesyuarat Ahli Lembaga pertama pada 16 Julai 2005, YDP telah mencadangkan perlantikan 2 orang Ahli Lembaga iaitu Prof Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim dan Prof. Madya Normah Dali.  Cadangan YDP telah dipersetujui oleh semua Ahli Lembaga.  Walau bagaimanapun, Datin Kalthom Kosai telah meletak jawatan pada 18 Feb 2006 atas sebab-sebab tertentu.  Untuk mengisi kekosongan beliau, YDP telah melantik Cik Geetha Subramaniam.  Masih terdapat 2 kekosongan dan YDP serta Ahli Lembaga sedang berusaha untuk memenuhinya.

 

4.5      Selain Lembaga, 3 Jawatankuasa Kerja (JKK) telah ditubuhkan iaitu JKK Kewangan, JKK Tabung Dasiswa dan Ahli Lembaga Persada Siswi, dan  ahli-ahli yang menganggotai ketiga-tiga JKK ini ialah seperti berikut :

                        a)   JKK Kewangan (Datin Fauziah Ramly – Pengerusi, Puan Atikah Adom – Timbalan Pengerusi, Puan Sharifah Halimah Syed Ahmad– Ahli, Haniza Hassan – Setiausaha JKK, Shahnas Oli Mohamed – Ahli, Geetha Subramaniam – Ahli);

 b) JKK Tabung Dasiswa -  Ahli Pentadbir terdiri daripada Prof Emeritus Datuk Dr.      Nik Safiah Karim – Pengerusi, Atikah Adom – Timbalan Pengerusi, Sharifah Halimah – Bendahari,  En. Hassan – Pemegang Amanah; 

c)  Ahli Lembaga Persada Siswi – Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim, Puan Sharifah Halimah Syed Ahmad, Cik Tai Sim Yew, dan Cik Shahnas Oli Mohamed.

 

4.6        Majlis Hari Raya dan Anugerah Siswi Cemerlang

Majlis ini telah dihadiri oleh lebih kurang 185 orang jemputan.  ‘Door gifts’ telah diberi kepada semua yang hadir.  ‘Door gifts’ ini telah ditaja  oleh salah seorang ahli Lembaga iaitu Ms Tai Sim Yew.

 

4.7        Majlis Bicara Minda

Disebabkan kekangan masa YB Dato’ Sri Shahrizat, hanya satu majlis telah diadakan, iaitu pada Disember 2005.  Walau bagaimanapun, beliau telah menetapkan 11 Ogos 2006 akan datang untuk Majlis Bicara Minda yang ke-9 dan terakhir dalam siri ini.  Majlis yang bakal diadakan di Hotel Nikko ini akan melibatkan wanita-wanita yang menerajui jabatan-jabatan dalam kerajaan atau badan-badan berkanun; wanita-wanita yang memegang jawatan dalam lembaga pengarah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLCs), Ahli Suruhanjaya dan wanita-wanita dalam Majlis Berkuasa Tempatan Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka juga telah dijemput.  Ahli-ahli PSWM juga dijemput hadir.

 

4.8        Kunjung Hormat keatas Penaung PSWM

10 orang ahli Lembaga PSWM telah membuat kunjungan hormat keatas Penaung PSWM iaitu Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dipejabat beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana bertempat di Putrajaya pada 27 Januari 2006.  Tujuan kunjungan adalah untuk memperkenalkan ahli lembaga baru dan memaklumkan aktiviti-aktiviti dan projek-projek yang telah/sedang dilaksanakan oleh PSWM. 

 

4.9         Projek Siswazah Bestari

Siri pada tahun ini merupakan yang kedua. Yang pertama telah diadakan di UiTM, Shah Alam.  Projek tahun ini telah diadakan di Universiti Malaya dan dilaksanakan sepenuhnya oleh ATK COMMUNICATIONS SDN BHD bersama beberapa orang fasilitator.  Maklum balas daripada para peserta begitu menggalakkan dan kebanyakan mereka menyatakan  mendapat manfaat dari bengkel dua setengah hari itu.  

 

4.10      'Retreat' PSWM

12 orang ahli lembaga telah mengambil bahagian dalam ‘retreat’ ini dan PSWM telah mengenal pasti beberapa projek baru untuk dijalankan oleh persatuan.  Ringkasan projek-projek yang dicadangkan itu telah disediakan dan seperti yang diedarkan.  Lembaga PSWM menjemput penyertaan mana-mana ahli yang sudi mencurah tenaga dan melibatkan diri dalam projek-projek berkenaan.  Ahli PSWM dipohon memenuhi borang yang telah disediakan dan  dikembalikan kepada Setiausaha Kehormat PSWM. 

 

            4.11      Ceramah Tengah Hari

Aktiviti ini telah diadakan dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan mereka telah membiayai segala kos yang terlibat.

 

4.12      Siri Ceramah Dr. Siti Hasmah

Lembaga mencadangkan agar aktiviti ini diadakan pada November 2006.

 

4.13      Kursi Dr. Siti Hasmah

Prof. Dr. Halijah memohon maaf kerana tidak dapat  hadir untuk berkongsi mengenai kajian beliau atas sebab beliau menjalankan tugas rasmi menghadiri konferens di Thailand.  Walaubagaimana pun beliau telah menyediakan laporan terkini mengenai hasil kajian beliau dan telah diedarkan kepada Ahli sempena MAT ini.

4.14            Cadangan dan Sokongan penerimaan Laporan Aktiviti

Prof. Madya Normah Dali mencadangkan Laporan Aktiviti diterima dan disokong oleh Y. Bhg. Datin Aidah Abd. Ghani.

 

    5.     Sesi perbincangan mengenai laporan aktiviti yang dibentangkan

5.1        Pengerusi menarik perhatian ahli bahawa PSWM mengalami kesukaran mendapatkan peserta untuk aktiviti Ceramah Tengah Hari disebabkan masa yang agak terhad dan ramai ahli PSWM ialah mereka yang bekerja. Untuk mengatasi kesukaran ini, PSWM bercadang untuk bekerjasama dengan pihak NGO/badan-badan lain yang sudah pun mempunyai ’ready made audience’.

5.2        Bagi projek Siri Ceramah Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, PSWM bercadang untuk mengundang Prof. Dr. Shamsul Amri untuk memberi ceramah yang dijadual diadakan pada bulan November, sebelum Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-25 PSWM.

5.3        Walaupun syarikat Persada Siswi tidak aktif, yuran kesetiausahaan perlu dibayar setiap tahun untuk memastikan bahawa Persada Siswi tidak dibubarkan. Oleh itu, PSWM telah melantik 2 orang Ahli Lembaga iaitu Cik Tai Sim Yew dan Cik Shahnas Oli Mohamed untuk mengkaji semula samada Persada Siswi perlu dibubarkan atau diteruskan. Mereka berpendapat bahawa Persada Siswi perlu diberi peluang untuk diteruskan dengan mengkomersialkan hasil kajian Kursi Dr. Siti Hasmah.

5.4        Pengerusi juga memaklumkan bahawa program Siswazah Bestari telah memperluaskan kumpulan sasarannya yang meliputi pelajar universiti wanita dan juga lelaki.

5.5        Y. Bhg. Datin Aidah Abdul Ghani mencadangkan supaya Ahli Lembaga menimbangkan untuk mengeluarkan kad ahli kepada ahli seumur hidup sahaja.

5.6        Y. Bhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim memaklumkan bahawa beliau dan  Y. Bhg. Datin Fauziah Ramly belum berpeluang berjumpa dengan TNC baru Universiti Malaya   untuk berbincang mengenai status Kursi Dr. Siti Hasmah. Beliau juga menjelaskan bahawa kontrak Prof. Dr. Halijah adalah 2 tahun dan atas pertimbangan TNC yang dahulu, telah disambung selama 1 tahun lagi. Tempoh kursi Prof. Dr. Halijah dijangka akan tamat dalam jangka masa yang dekat. TNC Universiti Malaya sebelum ini telah menetapkan syarat bahawa peranan PSWM adalah hanya menyumbang wang dan Universiti Malayalah yang membuat keputusan untuk menyambung tempoh kursi atau memilih orang lain untuk memegang kursi ini.

5.7        Prof. Dr. Farida Habib Shah mencadangkan bahawa pengisian kursi ini perlu dibuka kepada wanita lain. Beliau juga menjelaskan bahawa mengkomersialkan hasil kajian adalah rumit dan memerlukan banyak modal. Seterusnya, beliau mencadangkan bahawa PSWM menceburi bidang latihan yang tidak memerlukan banyak modal.

5.8        Y. Bhg. Dato’ Asiah Abu Samah menerangkan tujuan syarikat Persada Siswi diwujudkan adalah untuk menambah sumber kewangan bagi membiayai aktiviti PSWM yang pada masa itu kekurangan wang untuk menjalankan aktivitinya. Penasihat utama PSWM, Y.B. Datuk Seri Rafidah Aziz yang telah mencadangkan supaya PSWM menubuhkan sebuah anak syarikat untuk membeli saham. Atas nasihat beliau, Persada Siswi telah ditubuhkan dan diberi ’pink form’ untuk memulakan perniagaannya. Namun, saham yang dibeli semenjak tahun 2001 belum mendatangkan pulangan.

5.9        Prof. Dr. Farida Habib Shah mencadangkan Syarikat Persada Siswi diubah kepada sebuah perniagaan Koperasi. Mesyuarat berbincang dengan mendalam isu ini dan menjemput ahli-ahli memainkan peranan aktif dalam menggerakkan Persada Siswi. Mesyuarat bersetuju untuk  meninjau kemungkinan ini dan Prof. Dr. Farida Habib Shah bersetuju melibatkan diri. Pada masa yang sama, Y. Bhg. Dato’ Asiah Abu Samah  mencadangkan Ahli Lembaga dan juga Penasihat-Penasihat membuat kunjungan kehormat keatas Y.B. Datuk Seri Rafidah Aziz untuk mendapat nasihat selanjutnya.

     6.    Pembentangan Laporan Kewangan PSWM Yang Telah Diaudit bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2005.

6.1   Puan Sharifah Halimah Syed Ahmad selaku Bendahari Kehormat telah  membentangkan Laporan Kewangan PSWM dan Penyata Kewangan Tabung Dasiswa PSWM bagi tahun berakhir 31 Disember 2005.    

6.2   Sesi perbincangan ke atas Laporan Kewangan

6.2.1           Pengerusi seterusnya memaklumkan bahawa pada masa ini PSWM tiada menggajikan seorang setiausaha kerja kerana agak sukar untuk mendapatkan seseorang yang sedia bekerja dengan hanya bayaran RM500 sebulan, ia itu jumlah yang mampu dibayar oleh PSWM.  Oleh yang demikian, semua kerja-kerja pentadbiran telah dilakukan oleh Ahli-ahli Lembaga sendiri.

6.2.2           Puan Sharifah Halimah memaklumkan mesyuarat bahawa Ahli-ahli  Lembaga Pentadbir Tabung Dasiswa terdiri daripada Y. Bhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim sebagai Pengerusi, Puan  Sharifah Halimah sebagai Bendahari dan ahli-ahli lain adalah Puan  Atikah Adom sebagai Timbalan Pengerusi dan En. Hassan sebagai Trustee.     

6.2.3           Tabung Dasiswa mempunyai simpanan tetap sebanyak RM582,288.00 di Amanah Raya Berhad. Sumber Tabung adalah daripada dividen, jualan buku Biografi Dr. Siti Hasmah – Wanita Dua Zaman,  dan derma. Masih terdapat lebih kurang 100 buah buku Biografi Dr. Siti Hasmah versi bahasa Melayu dalam simpanan Tabung Dasiswa.  Y. Bhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah mencadangkan PSWM menjualkan buku tersebut kepada KPWKM. 

      6.2.4           Menurut Y. Bhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah terdapat pihak-pihak tertentu yang tidak memberi pengikhtirafan kepada penulis-penulis buku tersebut apabila menggunakan petikan-petikan daripada buku tersebut.

            6.2.5           Pengerusi  memaklumkan bahawa Tabung Dasiswa menjalankan empat jenis aktiviti, iaitu Kursi Dr. Siti Hasmah, Anugerah Siswi Cemerlang, Siri Ceramah  Dr. Siti Hasmah dan Projek Siswazah Bestari. Bagi Projek Siswazah Bestari, PSWM telah mensasarkan seramai 100 peserta yang akan hadir tetapi lebih kurang 50 peratus sahaja yang hadir.

            6.2.6           Y. Bhg. Dato’ Asiah Abu Samah meminta penjelasan tentang Penghutang Tabung Dasiswa. Puan Sharifah memaklumkan bahawa Arus Intelek bersetuju untuk menyelaraskan akaun belum berbayar dalam jangka masa yang terdekat ini. Mesyuarat dimaklumkan bahawa salah satu sebab Arus Intelek mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan perkara-perkara tertunggak ini ialah masalah mereka tiada rekod kerana perpindahan pejabat.  Walaubagaimna pun, Puan Sharifah memaklumkan PSWM mempunyai rekod-rekod berkenaan dan Y. Bhg. Datin Nadzely selaku Juruaudit menasihatkan agar rekod-rekod ini disimpan dengan selamat.  Puan Atikah dilantik untuk membantu Puan Sharifah Halimah untuk menghubungi Arus Intelek untuk menyelesaikan masalah ini.

     6.3   Cik Zernil a/p Lurthanathan mencadangkan Laporan Kewangan PSWM dan Tabung Dasiswa diterima dan disokong oleh Cik Zaiton Md Noh.

 

7.                   Cadangan Usul

7.1     Pengerusi membentangkan Usul 1 yang diterima daripada Prof. Madya Ir. Dr. Hjh. Siti Hawa Hamzah dari Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Shah Alam.  Beliau mencadangkan PSWM mengadakan satu laman web sendiri, mungkin dibawah KPWKM.  Dengan ini segala aktiviti boleh diketahui umum, terutama siri ceramah Dr. Siti Hasmah.

7.2     Cik Ainon memaklumkan bahawa PSWM telah pun melibatkan diri dalam satu inisiatif ’ICT community’ dibawah naungan NCWO dan diterajui oleh Prof. Dr. Farida Habib Shah.  Dibawah inisiatif ini. PSWM telah diberi sebuah komputer peribadi dan 2 orang Ahli Lembaga (Cik Haniza Hassan dan Cik Ainon) telah mengikuti kelas berkaitan laman web di MIMOS.  Dalam ’webpage’ NEWWOMEN.NET ada pautan kepada PSWM.  Walaubagaimana pun, disebabkan tiada usaha kerana kekangan sumber tenaga untuk kemaskini dan mengaktifkan ’webpage’ PSWM, pautan ini telah diberhentikan dan agak sukar untuk mendapat maklumat yang lengkap.

7.3     Prof. Madya Dr. Farida seterusnya mencadangkan supaya tiba masanya PSWM menggunakan kemudahan ICT dengan lebih luas dan mengesyorkan diwujudkan satu ’e-group’ bagi tujuan untuk mengedarkan berita dan maklumat dikalangan ahli.  Pengerusi mencadang dan meminta Dr. Cheong Sok Ching untuk menjadi ’Co-ordinator’ bagi tujuan ini.

7.4     Pengerusi telah membentangkan Usul 2.  Beliau mengemukakan cadangan untuk   mengadakan hanya keahlian seumur hidup dalam PSWM tertakluk kepada ’provisions’ dan terma-terma yang ditetapkan dalam akta pertubuhan.

7.5     Pengerusi membentangkan Usul 3.  Beliau mengemukakan cadangan untuk membuka keahlian kepada pemegang Diploma dan mereka boleh digelar sebagai ’Associate Member’.  Y. Bhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah menjelaskan kemungkinan bercanggah dengan takrifan ’siswazah’ dalam nama persatuan kerana terma ini biasanya merujuk kepada mereka yang berkelulusan diperingkat ijazah dan keatas.

7.6     Pengerusi membentangkan Usul 4.  Beliau mencadangkan untuk menyemak semula objektif persatuan seperti yang terdapat dalam Perlembagaan PSWM.  Beliau memaklumkan usul pindaan kepada perlembagaan dibawa di MAT yang akan datang.  Ada baiknya untuk melihat semula matlamat PSWM.  Ini disebabkan kebanyakan aktiviti yang dijalankan disasar kepada orang luar/bukan ahli dan tidak terhad kepada kaum wanita sahaja.  Dalam hal ini Pengerusi mengharapkan boleh dapat lebih sokongan  dan penyertaan daripada ahli kerana kita harus menjadi pendorong.

7.7     Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk membuat pindaan kepada Perlembagaan dan dibentang di Mesyuarat Agung tahun depan.
  

8.                   Cadangan Kegiatan PSWM untuk Tahun 2006/2007

8.1     Pengerusi MAT menyentuh mengenai projek-projek yang dicadangkan dijalankan pada tahun 2006/2007.  Ringkasan mengenai setiap projek baru yang dicadangkan oleh Ahli Lembaga telah diedarkan kepada ahli mesyuarat.  Beliau meminta semua ahli meneliti projek-projek berkenaan dan  menggalakkan mereka  menyertai projek-projek yang dicadangkan ini dengan memenuhi dan mengembalikan borang yang telah disediakan. Untuk masa terdekat ini, beliau memaklumkan bahawa Great Eastern Insurance telah bersetuju untuk menaja projek ’Kau Sumber Ilhamku’ yang pertama pada bulan September ini.

8.2     Pengerusi juga menggalakkan ahli mencadangkan projek untuk dijalankan oleh PSWM dan mereka dijemput menjadi Pengerusi projek tersebut.  Prof. Dr. Farida mencadangkan diadakan aktiviti untuk ’advancement of science’.

 

9.                   Hal-hal Lain

9.1     Prof. Dr. Farida  mencadangkan Ahli Lembaga mempertimbangkan mendapatkan seseorang  dari kalangan wanita yang telah berpencen sebagai Setiausaha Kerja.  Beliau memaklumkan bahawa persatuan beliau Malaysian Biotech membayar RM1500 untuk Setiausaha Kerja.

9.2     Prof Madya Normah Dali mencadangkan PSWM memohon untuk mendapatkan pelajar-pelajar dari Fakulti Sains Kesetiausahaan, UiTM yang menjalankan latihan amali untuk bekerja dengan PSWM.

 

10.               Ucapan Penangguhan

10.1  Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang telah sudi hadir pada MAT kali ini dan seterusnya menjemput semua untuk menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan. 

10.2  Majlis bersurai pada 4.45 petang.         

 

Disediakan oleh :                                                                       Disemak oleh :

 Hjh. Ainon Abdullah                                                                   Datin Fauziah Hj. Ramly

 Setiausaha  MAT 2006                                                               Pengerusi MAT 2006

 
< Prev