|
Page 1 of 5 Perlembagaan Persatuan Siswazah Wanita Malaysia adalah seperti berikut:-
PINDAAN PERLEMBAGAAN PINDAAN KEPADA PERLEMBAGAAN PERSATUAN SISWAZAH WANITA MALAYSIA Maklumat : Fasal-fasal 3, 4 dan 9.3 telah diluluskan oleh JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN melalui surat PPP/WKL 0187/80 (18) bertarikh 8 April 2008. Fasal 3. Alamat Pos Alamat Pos ialah : - Pejabat PSWM Tingkat 1, Blok B Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur Fasal 4. Alamat Berdaftar Dan Tempat Urusan Alamat berdaftar dan tempat urusan ialah di: Pejabat PSWM Tingkat 1, Blok B Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur Alamat berdaftar Persatuan tidak boleh diubahsuaikan tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. Fasal 9.3 Setiap permohonan yang telah diluluskan menjadi Ahli Seumur hidup akan diberi Kad Keahlian. Maklumat : Fasal-fasal 7.2, 7.3, 7.4, 8.1.3, 13.1.1, 16.1 dan 16.2 telah diluluskan oleh JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN melalui surat PPP/WKL 0187/80 (24) bertarikh 4 Mei 2009. Fasal 7.2 menggunakan kemahiran dan pengetahuan ahli membantu siswazah khasnya dan masyarakat amnya Fasal 7.3 digugurkan Fasal 7.4 menggalakkan persefahaman dan persahabatan di kalangan siswazah wanita di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, tanpa mengira kaum, agama, bangsa dan fahaman politik. Fasal 8.1.3 Ahli Seumur Hidup ialah seorang ahli biasa yang telah diluluskan permohonannya untuk menjadi Ahli Seumur hidup dengan membayar yuran yang ditetapkan. Fasal 13.1.1 Ahli yang berhenti boleh diterima menjadi ahli semula dengan membayar yuran pendaftaran sekali lagi dan yuran Ahli Seumur Hidup atau yuran tahunan. Fasal 16.1 Bayaran Masuk - RM50.00 (Ringgit Lima Puluh Sahaja) Fasal 16.2 Yuran Tahunan : - Persatuan Bergabung - RM100.00 (Ringgit Satu Ratus Sahaja) Ahli Biasa - RM30.00 (Ringgit Tiga Puluh Sahaja) Disediakan pada : 20 Jun 2009 Mula diedar semasa Mesyuarat Agung Tahunan 2009 pada 27 Jun 2009.
|