Pengumuman

  • AGM – Saturday 18 Oct 2014 - Greetings All PSWM Members Further to my email of 13 September 2014, please take note that the our AGM will be on this Saturday 18 Oct 2014. The venue, Dewan...
  • Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) 2014 - Semua Ahli PSWM yang dihormati Assalammualaikum dan Salam Sejahtera YBhg. Toh Puan/Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Puan/Cik Dengan segala hormatnya adalah dimaklumkan bahawa majlis Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) 2014 PSWM akan diadakan pada...
  • Professor Dr Farida Habib Shah - PSWM is featuring Professor Dr Farida Habib Shah, the first molecular biologist and the first Professor of Molecular Biology in Malaysia this month.
  • 4 Jun 2014 (Rabu) - Kepada Ahli Persatuan Siswazah Wanita Malaysia, Sukacita dimaklumkan bahawa Penyandang Ke-2 Kursi Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali iaitu Prof. Dr. Nik Meriam Nik Sulaiman, Profesor, Jabatan Kejuruteraan Kimia, Universiti Malaya...

Facebook Latest News

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Semua Ahli PSWM

Adalah saya ingin memaklumkan bahawa PSWM & NCWO Zon Tengah akan mengadakan satu Majlis Tahlil untuk 2 orang Ahli PSWM yang telah pulang ke rahmatullah. Mereka ialah Allahyarhamah CIK KALTHOM MUSA (meninggal dunia pada 30 November 2013) dan Allahyarhamah PROF. DR. FARIDA HABIB SHAH (meninggal dunia pada 2 November 2014).

Butir-butir majlis ialah seperti berikut:

Masa & Tarikh: 10 pagi, 25 November 2014 (Selasa)

Tempat: 50, Jalan Setiabakti 8, Bukit Damansara, KL

(kediaman YBhg. Datin Fauziah Mohd. Ramly, YDP PSWM)


Sudilah Ahli PSWM yang dapat hadir di majlis berkenaan memaklumkan kepada saya melalui emel untuk membolehkan persiapan yang sewajarnya dibuat.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas

Ainon Abdullah

Setiausaha PSWM
... See MoreSee Less

View on Facebook

Innalillahi wainna ilaihi roji'un

PSWM ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga Professor Dr Farida Habib Shah diatas kepulangan beliau ke rahmatullah awal pagi ini. Allahyarhamah merupakan salah seorang ahli Persatuan yang telah banyak menabur bakti dan berkongsi pengalaman dengan kami.

Al-Fatihah buat Allahyarhamah.
Semoga diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di kalangan para solehin.
... See MoreSee Less

View on Facebook

Puan Junaidah Ujang yang bertungkus lumus membantu Cik Ainon menguruskan perjalanan MAT 2014. ... See MoreSee Less

View on Facebook

Sekitar Mesyuarat Agung Tahunan PSWM 2014 (55 photos) ... See MoreSee Less

Mesyuarat telah selamt berlangsung di Dewan Perdana Siswa 1, Universiti Malaya Kuala Lumpur pada Sabtu 18 Oktober 2014.

View on Facebook

Persatuan Siswazah Wanita Malaysia - PSWM updated their cover photo. ... See MoreSee Less

View on Facebook

Mengenai PSWM

Persatuan Siswazah Wanita Malaysia (www.pswm.org) ialah sebuah persatuan sukarela yang didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan dan dianggotai oleh siswazah wanita lulusan dari universiti dalam dan luar negara dalam pelbagai disiplin.

PSWM dinaungi oleh YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; dan YBhg. Datin Fauziah Mohd Ramly telah memegang jawatan Yang Dipertua semenjak tahun 2005.

Antara matlamat PSWM adalah memberi perangsang dan dorongan kepada siswazah-siswazah wanita ke arah kesedaran dan penerimaan tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara; dan juga menggunakan kemahiran dan pengetahuan ahli membantu siswazah khasnya dan masyarakat amnya.

Matlamat & Objektif

Memberi perangsang dan dorongan kepada siswazah-siswazah wanita ke arah kesedaran dan penerimaan tanggungjawab terhadap masyarakat dan Negara.

Menggunakan kemahiran dan pengetahuan ahli membantu siswazah khasnya dan masyarakat amnya.

Menggalakkan persefahaman dan persahabatan dikalangan siswazah wanita diperingkat kebangsaan dan antarabangsa, tanpa mengira kaum, bangsa dan fahaman politik.